Thursday, January 10, 2008

Jalan TAR di malam raya

30 Ramadhan atau 1 Syawal di Kuala Lumpur bukanlah tak menyeronokkan… seronok dalam caranya tersendiri. Kalau di kampung, di malam raya orang bertakbir dari rumah ke rumah.. mungkin di Kuala Lumpur orang berpusu-pusu ke Jalan TAR. Rasanya rata-rata warga Kuala Lumpur arif tentang suasana di Jalan TAR pada malam raya. Ada yang memang membuat persiapan saat akhir dan kebanyakannya sekadar mahu melihat sendiri ‘kemeriahan’ lelong pada malam itu. Bayangkan Jalan TAR bermula dari Pertama Komplek pada jam 1 pagi, kesesakannya persis 1 tengahari. SOSAK!!! Aku rasa mana-mana lebuhraya di Malaysia ni pada waktu tu taklah sesesak Jalan TAR pada malam raya.

Malam tadi aku pun pergilah ke Jalan TAR. Niat pertama nak membeli baju kurung anak-anak dara ku, niat kedua sememangnya nak melihat ke’chaotic’an Jalan TAR malam tu. Huiiii.. memang kecoh! Memang sesak! Memang menyesakkan napas! Bila kami menghampiri je Jalan Raja Laut, dah nampak kereta bersusun-susun di tepi jalan. Aku ingat dah malam raya ni kurang la orang… iye la, Kuala Lumpur di malam raya mungkin milik mereka yang memang dah tak ada kampung, tak ada ibu dan ayah,penduduk asal dan juga pendatang asing. Tapi silap beb… Kuala Lumpur di malam raya memang milik warga Kuala Lumpur. Kuala Lumpur di malam raya macam Kuala Lumpur di malam-malam minggu.. atau lebih tepat lagi Jalan TAR di malam raya macam masa SOGO buat sales, sama macam hujung minggu di bulan Ramadhan. Pehhh!!! Ramainyeeeee oraaaaannngggg!!!! Berpusu-pusu! Bersesak-sesak! Berhimpit-himpit!

Bukanlah setiap tahun aku berkunjung ke Jalan TAR pada malam raya walaupun selalunya kami cuma lalu je nak menyaksikan kesibukan jalan tu pada malam tu dari jauh je. Macam tahun lepas, kitorang ke Jaya Jusco Maluri. Eh.. orang pun ramai jugak tapi taklah seramai macam Jalan TAR. Jadi malam tadi memang dah bertujuan, nak tak nak kitorang redah jugak la. Ada yang datang dengan kekasih hati (ah.. ni fenomena biasa la kat Jalan TAR bila weekend kan…), ada yang datang dengan anak kecil sekecil bayi, ada datang dengan keluarga, dengan kawan-kawan. Aku tak pasti dari jam berapa kepadatan ini berlaku tapi kalau sebut Jalan TAR, aku pasti mesti dari siang tu. Lagi malam rupanya lagi ramai yang datang. Bukan setakat berpusu-pusu lagi. Berhempet-hempet! Berlaga-laga! Bergesel-gesel! Bersesak-sesak. Memang sesak nafas dibuatnya. Kalau orang yang tinggi-tinggi tu memang tak adalah masalah kan… ni yang saiz orang Malaya ni.. huiiii… macam-macam bau ada. Bayangkan anak-anak kecil yang naik stroller tu…. Suhu pulak memang tinggi. Memang panas! Dan aku rasa tempoh urusniaga dilanjutkan hingga ke 3, 4 pagi. (aku ingat untuk tahun-tahun yang mendatang ni nak menjengah Jalan TAR jam 4 pagi pulak).

Jalan jangan katalah kalo depan Pertama Komplek tu (sebab kitorang datang dari Jalan Raja Laut dan pintas kat Medan Mara). Yang ikut dari Jalan Sultan Ismail atau yang datang dari Chow Kit, tak taulah dari mana kesesakan tu bermula. Dan tak tau lah berapa lama masa yang diorang ambil dari situ untuk sampai ke Dataran Merdeka. Sebenarnya, malam sebelum tu kami dah pun mengintai-intai Jalan TAR. Waktu tu 10 minit lagi ke 1 pagi. Jalan dah sesak jadi kami patah balik ikut tepi Sogo dan keluar semula ke Jalan Raja Laut terus menuju Jalan Kinabalu terus balik. Tapi malam ini, kami letak kereta di pinggir Jalan Raja Laut (berhadapan dengan stesen LRT Sogo tu..) dan berjalan kaki ke Jalan TAR.

Macam-macam gelagat. Yang sibuk makan steamboat (kitorang panggil celup-celup…), banyak pulak stesen steamboat tu rupanya di sepanjang Jalan TAR. Yang sibuk cari barang, sampai barang-barang yang bukan keperluan hari raya pun dibelek jugak contohnya jam loceng berlampu, robot-robot, mainan-mainan yang kebanyakannya berharga RM10. Yang sibuk tengok tudung, yang sibuk tengok baju kurung (lagi malam.. lagi hebat lelong dia. 3 pasang baju kurung-RM100, 2 bungkus kerepek RM10, dan segala macam jenis markdown lagi la). Yang sibuk tengok handbag, tengok jeans, tengok sampin, tengok songkok, tengok alas meja, tengok langsir, tengok telekung, tengok kerepek, tengok kuih raya. pehhh… Jalan TAR memang tidak asing lagi dengan item-item yang sebegitu. Yang tak ada cuma mak bapak je. Separuh orang, mak bapak pun ada kat situ gak.

Yang seronok lagi tengok gelagat tukang lelong. Macam-macam cara diorang ni untuk mengambil hati pelanggan. Yang berdiri atas kerusi sambil pegang loudhailer dan air liur yang menyembur-nyembur memanggil orang ramai datang, yang memakai baju kurung yang ditawarkan untuk memikat hati orang ramai, ada jugak yang siap bertudung litup sambil berdiri di atas kerusi menyeru orang ramai singgah ke lot masing-masing. Ada jugak yang buat lagak macam mannequin.. berdiri atas kerusi tak bergerak-gerak. Kan menarik perhatian namanya tu. Ha.. singgah bang! singgah kak! mari singgah!! 3 pasang seratos kak! mari.. mari.. mariiii..! ha murah! kita jual murah bang! Lelong.. lelong! Tak payah kira2 kak.. beli je! Nak kasi habis je malam raya ni!! Mari kak. Mari bang. Saploh ringgit! Saploh ringgiit wehhh!!!!

Malam tu aku balik dengan 3 pasang baju kurung untuk anak-anak dara aku, jam loceng empat segi berlampu, 5 helai t-shirt Ben 10 dan satu cawan kertas air tebu yang aisnya dah cair.

Aku ingat tahun depan nak buat interview la bertanyakan apa tujuan mereka berada di Jalan TAR malam-malam raya begini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

Thursday, January 3, 2008

English and I

I don’t have a very good background of English. I don’t come from an English speaking family. The only English speaking thing in my family is the TV.. ha-di-ha. I don’t speak English neither at home nor with my friends. I don’t have a broad knowledge of English vocabulary. Therefore, I English no good.

Ada sekali tu masa Form 4, cikgu Bahasa Inggeris ni tersenyum2 masuk kelas lepas correct kitorg nye kertas karangan. Bila tanya… berlambak2 plak gelak dia. Dia kata ada student yang make love instead of fall in love. Aku ni cam terbangak2 le… nk gelak segan takut aku student yang dimaksudkan.. tk nak gelak tk tahan plak tengok gelihati cikgu tu. Smpi skrg aku tk pasti samada aku kah yg dimaksudkan sbb aku sendiri pun tk ingat samada aku ada tulis ke tak benda tu. Dh lama2 baru la paham sebenarnya ‘make love’ dan ‘fall in love’ tu 2 makna yang berbeza wpon yang kedua tu leh membawak ke yg pertama. Tu la, mamai lagi…

Masa kat kolej lak.. lagi haru. Lecturer bagi assignment suruh baca satu chapter pastu nanti dia akan discuss kat kelas. Biasa lah…. Baca2 ni aku kureng so tkde la baca. Sekali kena cekup sbb lam ramai2 tu lecturer pilih aku lak suruh terangkan pebenda yg dikatakan dlm chapter tu. Isk haghu… aku mmg tk tau bijik butir, blurr gilos… nk kelentong tp merapu. Bila dia tanya ‘did u read the chapter’, dgn kondifen nye aku jawab ‘yes, I read it thoroughly but I didn’t understand’ ha gitu, aku macam puas hati le ngan jawapan tu…!! Dia tny lg cam ala2 prosecuting lawyer tanya witness.. ‘u read it thoroughly but u didn’t understand?’, wah dgn kompiden aku kata ‘yes’. Kantoiii!!! Dia tau le aku menipu. Balik tu baru aku paham apakah makna ‘thorough or thoroughly’ tu sebenarnya. Uuwwwwaaaaa.. maluuuuu!! Depan kelas beb, depan seme oranggg!!!! Tu la, menipu lagi…

Kes kat kolej lagi… lecturer mintak aku terangkan camana nk mencapai matlamat projek yang aku tengah buat tu.. jgn nk marah.. in English some more u know. Aku pun dengan kompiden gilos nye menerangkan le pada lecturer ni. Cara lecturer ni dengar beriya2 sampai aku menjadi begitu over konfiden, berabuk habis omputih aku. Last sekali bila aku dah habis explain tu.. dia kata “In English there’s no such word as ‘praktik’ ok” aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa malu! Malu! Malu! Malu! Dekat 8 kali jugak aku sebut perkataan praktik time tu. Tu la.. over lagi….

Ada se lagi tu.. masa tu aku bicara sama temen. Beriya2 cite ni .. iye la mengumpat mestilah beriya kan. Jgn nk marah..mengumpat cakap omputih lak tu… (time ni English aku dh ok sket la.. rating 1 smpi 10 tu aku kat no. 3 1/2 la gitu…) sekali tiba2 kawan aku kata ‘split la weii.. bukan splitted’ uwwwwaaaaa.. tebalnya muka aku. Tu la, mengumpat lagi…

Time keje plak… tah le berterabur gilos aku rasa. Ada sekali tu cam beriya2 la nk cite ngan amoi ni pasal pengalaman aku. Tk boleh bayangkan camana skima nye cara aku cakap omputih… expressionless. Ye la cam membaca… sampaikan I look stupid la when I talk English… but I don’t care, stupid or no stupid.. I talk.

Pada aku, walaupun kita tk pandai cakap omputih, tp bila dh ada basic grammar tu dan bila kita selalu praktis cakap omputih.. lambat laun kita leh cakap ala2 british accent tuu. Aku penah gak kena perli ngan rakan sekerja. Dia kata ‘dh tk reti cakap omputih tu.. tk payah le cakap omputih…’. Malu gak beb tp demi nak memajukan diri sendiri.. aku pulun le cakap omputih. Dan kalau kita rajin membaca buku2 cerita ke suratkhabar ke dan yang paling penting sekali baca kamus.. insha Allah akan lebih terjamin bahasa omputih kita. Heheheh sumpah you.. I cukup suka baca kamus.. bukan kamus cekai2 tu tau.. kamus Cambridge, kamus Oxford jgn nk marah occayy… especially bila tengah baca2 tu dan jumpa perkataan yg tk paham tu.. aku pun cari le lam kamus. Dh jumpa satu lam kamus, jumpa lak perkataan yg sebelah menyebelah tu… daaaahh le perhatian ke kamus plak. Sokkabar tk abis baca ni…. Lagi satu suka look up thesaurus…. Microsoft word very the helpful.. (psstt Bill Gates, jgn lupa bg komisyen sbb promote u nye MS word).

Pape pon yang penting kita kuasai kedua2 bahasa.. bahasa ibunda dan bahasa ayahanda. Hwah hwah hwah hwah…